Alternatif Treatment

Saturday, July 11, 2009

ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)

Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung ?

Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.

Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangit juga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.

Wednesday, June 24, 2009

KETIDAKMAPUAN UNTUK MENGAWAL DIRI DARI KENCING

Seseorang yang normal mampu untuk menahan diri dari kencing sementara mencari tandas dan mengawal jika berada di tempat-tempat yang tidak sepatutnya contohnya seperti di dalam kereta atau di dalam sesuatu majlis.Manakala jika seseorang itu mengalami masalah ketidakmampuan menahan diri dari kencing bermakna anda tidak dapat menahan rasa hendak kencing dan akibatnya anda akan kencing di seluar sebelum sempat anda mencari tandas dan apabila masalah ini berlaku maka anda telah mengalami satu masalah besar dalam kehidupan seharian.

Wanita dan lelaki berisiko untuk mendapatkan ketidakmampuan menahan diri dari kencing ini terutama apabila disebabkan oleh kecederaan neurology,kecacatan sewaktu lahir,strok,multiple sclerosis dan masalah fizikal yang disebabkan oleh penuaan.Selain itu bagi wanita masalah ini kerap juga berlaku apabila mereka mengandung dan melahirkan anak serta jika wanita itu menopause.

Wanita yang berumur lebih banyak mengalami masalah ini berbanding wanita yang lebih muda tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan dengan perbezaan umur.Untuk pengetahuan anda masalah pengawalan terhadap pundi kencing ini boleh di rawat dan anda tidak perlu malu untuk mendapatkan rawatan.Keadaan ini selalu berlaku kepada wanita kerana masalah berkaitan dengan otot yang membantu untuk menahan atau melepaskan air kencing.Tubuh badan kita menyimpan air kencing dan apabila mahu kencing,bahan buangan ini dibuang melalui buah pinggang di dalam pundi kencing.

Ketika kencing otot di dinding pundi kencing mengecut dan memaksa air kencing keluar dari pundi kencing menuju ke urethra iaitu urat yang mengeluarkan air kencing dari tubuh badan kita.Ketidakmampuan menahan air kencing berlaku apabila otot pundi kencing tiba-tiba mengecut atau jika otot yang mengelilingi urethra secara tiba-tiba berehat dengan tidak memberi signal.

Jenis-Jenis Ketidakmampuan menahan

1)Stress incontinence -Jika batuk atau bersin, ketawa atau pergerakan yang memberi tekanan pundi kencing secara tiba-tiba menyebabkan kebocoran air kencing tanpa anda sedari dan dapat kawal.Perubahan fizikal menyebabkan keadaan ini seperti mengandung dan menopause.Ia biasa dihidapi oleh golongan wanita.

2)Urge incontinence -Masalah ini adalah bila anda tiba-tiba rasa perlu untuk kencing dan ia datang tiba-tiba sahaja.Masalah ini biasa berlaku akibat pengecutan pundi kencing yang tidak sempurna.

3)Functional incontinence-Berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah untuk berfikir ,bergerak atau berkomunikasi yang boleh menghalang mereka dari pergi ke tandas contoh mereka yang mengalami keadaan ini ialah mereka yang lumpuh yang duduk di kerusi roda,mengalami penyakit Alzheimer dan bagi wanita ia selalunya berlaku pada wanita yang tidak beruapya dan hanya baring di katil sahaja.

4)Overflow incontinence-Menmgalami keadaan dimana pesakit selalu terasa hendak kencing kerana pundi kencing anda selalu penuh ini terjadi kerana otot pundi kencing yang lemah dan terhalang oleh sesuatu.Puncanya akibat diabetes,tumor dan batu karang yang boleh menghalang pundi kencing,Keadaan ini selalu berlaku pada wanita.

5) Mixed incontinence-Berlaku apabila masalah dan keadaan stress incontinence dan urge incontinence bercampur

6) Transient incontinence-Kobocoran yang berlaku adalah sementara disebabkan oleh keadaan seperti jangkitan ataupun pengambilan ubat.

Friday, June 19, 2009

Anda Penghidap Migrain ?

Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.

Sebab-sebab terjadinya migrain

-Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.
-Faktor keturunan
-Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain
-Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.
-Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain
-Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas
-Hormon oestrogen wanita yang turun naik
-Sewaktu mengandung
-Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid
-Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen
-Menopaus
-Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga
-Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.
-Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu
-Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki


Jenis-Jenis migrain

1) Classic Migrain -10 minit atau 30 minit sebelum berlaku migrain akan memberikan tanda awal seperti terlihat cahaya terang,garisan zig zag,penglihatan berganda,buta sementara,kebas,kepala berpusing,pening,sukar bercakap dan keliru dan selepas lima atau 15 minit tanda ini akan hilang dan migrain akan menyerang.

2) Common Migrain -Migrain menyerang tanpa amaran dan boleh berlaku pada bila-bila sahaja dan ini lebih biasa terjadi

Sunday, June 14, 2009

Apakah Penyakit Gusi ?

Kebanyakan dari kita boleh mengalami penyakit gusi yang tanpa kita sedari dari awal.Penyakit gusi ini boleh dielakkan atau jika ia baru bermula ia juga boleh di rawat seandainya dapat dikesan diperingkat awal.

Gejala penyakit gusi ialah :

1-Pendarahan gusi ini kerana gusi yang tidak sihat akan lebih sensitif dan cepat berdarah terutama apabila memberus gigi berbanding gusi yang sihat.
2-Gusi membengkak dan menjadi merah
3-Terdapat ruang antara gigi
4-Gigi kelihatan agak panjang dari biasa
5-Pernafasan anda berbau busuk atau kurang menyenangkan apabila bercakap
6-Keadaan gigi yang agak longgar dari gigi yang normal
7-Terasa gatal atau sakit yang samar-samar pada gusi

Faktor-faktor penyebab penyakit gusi

-Disebabkan oleh kuman yang hadir di dalam plak.Ini kerana plak gigi adalah suatu filem protein yang nipis,dihasilkan dari air liur dan akan melekat pada permukaan gigi kita sepanjang hari
-Kemudian dikontaminasikan oleh kuman yang banyak di dapati di dalam mulut.
-Pembentukan plak adalah proses yang berlanjutan dan ia akan terbentuk kembali setelah kita membersihkannya.Oleh itu penting untuk menghindarkan plak supaya dapat menghalang plak yang dikontaminasikan oleh kuman daripada memusnahkan gigi dan gusi


Peringkat penyakit gusi

Pada peringkat pertama bagi penyakit gusi adalah dinamakan gingivitis.Pada peringkat ini gusi akan menjadi merah dan bengkak serta mungkin berdarah semasa memberus dan memflos gigi.Ia boleh disebabkan oleh pembetukan plak pada permukaan gigi yang kurang mencukupi dan ia boleh dielakkan dengan cara pemberusan dan pengflosan gigi setiap hari.

Keadaan-keadaan yang boleh mempengaruhi penyakit penyakit gusi

1-Kencing ManisMereka yang mempunyai penyakit kencing manis lebih berisiko mendapat penyakit gusi.Penyakit gusi boleh menyusahkan anda untuk menjaga paras gula di dalam darah anda supaya berada di bawah kawalan.Paras glukosa di dalam cecair mulut yang tinggi mungkin mendorong kuman untuk membesar dan memulakan peringkat penyakit gusi.

2-Merokok
Merokok menyebabkan peningkatan peluang untuk infeksi gusi dan penyembuhan gigi yang berpanjangan

3-Kehamilan
Ibu mengandung lebih terdedah kepada penyakit gusi akibat pertukaran hormon semasa hamil

4-Strok
Kurangnya kebolehan untuk menghapuskan bakteria di dalam mulut yang boleh menyebabkan penyakit gusi

5-HIV/AIDS
Lebih berisiko mendapatkan penyakit gusi

Wednesday, June 3, 2009

Apakah Kanser Mulut?

Mulut terdiri daripada bibir luar,bibir dalam,lidah,dasar mulut,bahagian dalam pipi,mukosa mulut dan lelangit.Pada kanser mulut sel sel dari tisu- tisu yang membentuk bahagian mulut tumbuh secara tidak normal, bahgian yang dijangkiti kanser akan mengalami perubahan warna,bentuk dan rupa.

Kanser mulut mengambil masa yang lama untuk terjadi.Perubahan awal tisu pada bahagian yang terlibat dinamakan Pra Kanser.Pada peringkat ini rawatan awal masih boleh di jalankan untuk mencegah kanser dari merebak.64 peratus berisiko penghidap kanser mulut ialah golongon India.Kebanyakannya dikaitkan dengan tabiat menguyah sirih.

Fakta yang harus diketahui mengenai Kanser Mulut.

-Kanser mulut selalu terjadi di dalam mulut pada bahagian pipi,lidah dan gusi
-Di Malaysia Kanser Mulut dikaitkan dengan amalan menguyah sireh,penggunaan tembakau,pengambilan alkohol berlebihan bersama amalan merokok

Tanda- Tanda dan gejala

-Ulser di dalam mulut, di bahagian pipi yang tidak sembuh dalam masa dua minggu
-Tompok-tompok merah atau putih di dalam mulut
-Benjolan di dalam mulut
-Sukar untuk menguyah atau menelan atau bercakap
-Pendarahan yang kerap berlaku di dalam mulut-Kebas atau hilang rasa dalam mulut.

Pencegahan

-Berhenti merokok
-Mengurangkan minuman beralkohol secar berlebihan atau berhenti minum alkohol
-Menghentikan amalan menguyah sireh atau tembakau
-Menjaga kebersihan mulut secara teratur
-Megelakkan pendedahan matahari secara terus terutamanya di kawasan bibir

Monday, May 25, 2009

Pengetahuan Mengenai Penyakit Gout

Gout adalah penyakit yang sering dihidapi kebnyakannya oleh kaum lelaki dan perempuan yang sudah putus haid atau menopause juga berisiko menmdapat penyakit gout ini tetapi risikonya tidaklah sebesar kaum lelaki.

Tanda-tanda atau simptom yang menunjukkan penyakit gout mungkin menyerang anda adalah anda mungkin terasa sakit pada sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki.Apabila disentuh sendi itu akan sakit dan di ikuti oleh demam yang menggigil akibat kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout ini terjadi akibat dua faktor iaitu asid urik yang berlebihan di dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang dengan berkesan di dalam badan.Oleh kerana asid urik berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum jarum kristal di sendi sendi dan sakit serta ia juga akan membentuk di tempat lain juga akhirnya akan menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan asid urik ini juga mungkin disebabkan faktor keturunan, memakan makanan yang kaya purin,obesiti,pengambilan alkohol yang berlebihan,kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat ubatan tertentu seperti diuretik dan aspirin.

Tanda atau simptom penyakit gout menyerang

-Terasa sakit sendi secara tiba-tiba terutama di bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki-Sendi menjadi bengkak,kaku serta panas dan merah serta merta apabila disentuh dan menyebabkan pesakit demam
-Benjolan akan di dapati dekat sendi dan cuping telinga disebabkan timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur

Bila serangan gout akan berlaku?

Serangan gout ini boleh berlaku secara tiba- tiba dan tanpa sebab yang ketara tetapi keadaan tertentu juga boleh menyebabkan ia berlaku iaitu kekurangan air di dalam tubuh apabila makan berlebihan, minum air yang beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga setelah pembedahan.Serangan tiba-tiba akan lebih ketara apabila tengah malam iaitu pesakit akan rasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat yang sakit dan akan menyebabkan mengigil dan demam dan ini akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudian akan berhenti sendiri rasa sakitnya tetapi bukan bermakna sembuh tetapi jika tidak diubati sakit ini akan kembali menyerang kembali dan serangan yang kerapa kali di bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Penyakit Gout ini sering terjadi kepada lelaki yang berusia 30 tahun ke atas dan perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas putus haid.Dan faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.

Wednesday, May 20, 2009

Mulut Berbau

Adakah anda pernah menghadapi masalah mulut berbau? Pasti ramai yang berasa kurang selesa apabila mulut kita berbau ataupun orang yang terdekat dengan kita menghadapi masalah ini.Memang memalukan terutama apabila kita berbual dengan seseorang dan kemudian dia cuba berpaling dari kita kerana tidak tahan bau mulut kita yang berbau.Sekiranya anda kurang tahu bahawa mulut anda berbau atau tidak cuba buat cara ini semburkanlah nafas anda ke tapak tangan yang menghadap ke hidung anda dan jika nafas anda berbau anda akan dapat menghidunya.Cara kedua semburkan nafas anda ke anak kecil selepas itu tanya mereka samada berbau atau tidak selalunya anak-anak yang kecil ini tidak menipu dan jujur bila berkata.

Bau mulut ini tidak boleh hilang jika hanya menguyah gula-gula getah perasa mint, mengosok gigi secara teratur dan berkumur dengan cairan pengharum nafas sahaja kerana bau mulut ini bukanlah penyakit tetapi adalah gejala suatu penyakit.Ia mungkin berpunca dari gigi,sinus,tonsil atau peradangan usus dan adanya hiatus hernia iaitu kantung di dalam perut yang menyebabkan makanan berkumpul di dalamnya dan mengakibatkan bau yang tidak enak.

Faktor-Faktor penyebab bau mulut.

1.Makanan-sisa-sisa makanan yang terlekat pada gigi juga boleh mendatang bau mulut

2.Gigi -Masalah kesihatan gigi juga menyebabkan nafas tidak sedap kerana apabila sisa makanan terlekat pada gigi atau gusi munculnya bakteria penyebab bau yang akan menimbulkan iritasi pada gusi dan menyebabkan gigi buruk dan berbau.Memakai gigi palsu yang tidak bersih dan tidak bagus pada tempatnya juga boleh jadikan mulurt berbau busuk.

3.Mulut Kering -Air liur mambantu kita membersihkan mulut .Mulut yang kering akan akan menyebabkan sel sel mati berkumpul pada lidah dan gusi dan sel sel ini akan membusuk dan muncullah bau yang kurang enak itu.Merokok dan ubat-ubatan tertentu penyebab mulut kering.

4.Penyakit - Penyakit yang dapat menyebabkan bau ialah seperti infeksi kronis pada paru-paru,kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati dan diabetes.

Cara mengurangkan bau mulut

1.Gosok gigi selepas makan
2-Gunakan dental floss sekurang-kurangnye sekali sehari untuk buang sisa makan di celah-celah gigi
3.Lidah juga harus diberus terutama di bahagian belakangnya untuk menghilangkan sel-sel mati,bakteria dan sisa makanan
4.Jika memakai gigi palsu atau kawat gigi perlulah membersihkan minima sekali sehari
5.Minum air putih banyak dan hindari minuman alkohol,kopi dan soda agar mulut tetap basah.Gantilah berus gigi setiap 2 atau 3 bulan sekali.
6.Periksalah gigi anda ke doktor minima setiap 6 bulan sekali.